Thursday, September 3, 2009

Salam Ramadhan


Salam Semua

Alhamdulillah, bersyukur kami kehadrat Ilahi kerana kini genap 8 bulan Sukaramai IT Cafe beroperasi. Pahit dan manis dilalui sepanjang pembikinan IT cafe yang tidak seberapa ini. Walaupun company ini jika nak dibandingkan dengan rakan2 di luar sana hanyalah berskala kecil, namun, kami menanam satu cita2 dan harapan agar Sukaramai IT Cafe akan berkembang maju suatu hari nanti menjadi suatu IT Centre di Kemaman khasnya dan Terengganu khususnya.

Matlamat utama kami selain menghasilkan profit adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat ilmu teknologi mengenai ICT yang masih lagi kita ketinggalan. Namun yang demikian sekalung tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu di atas iniasiatif membekalkan kepada sebilangan pelajar Komputer Riba.

Namun begitu, secanggih manapun fasilities yang disediakan tanpa ilmu dan rasa tanggungjawab adalah tiada gunanya.

Sekian dahulu untuk coretan pada kali ini.

Wassalam

Sharulj
Sukaramai IT Cafe